Latar belakang peristiwa Terbelahnya_bulan

Ayat 54:1–2 al-Quran berbunyi:[upper-alpha 1]

وَإِن يَرَوْا آيَةً يُعْرِضُوا وَيَقُولُوا سِحْرٌ مُّسْتَمِرٌّ‎ اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانشَقَّ الْقَمَرُ‎
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.[54:1] Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.[54:2]

Tradisi dan cerita awal menjelaskan bahawa ayat ini merupakan suatu mukjizat Muhammad , berikutan permintaan daripada beberapa orang Quraisy.[10][11] Kebanyakan pengulas Muslim menerima keaslian tradisi itu. Ayat 54:2 yang berikutnya diambil bagi menyokong pandangan tersebut.[11] Pengulas klasik Ibn Kathir menyediakan satu senarai tradisi awal yang menyebut kejadian tersebut: Sebuah tradisi yang disampaikan pada kewibawaan Anas bin Malik yang menyatakan bahawa Muhammad membelah bulan selepas orang Makkah ingin melihat suatu mukjizat. Tradisi lain daripada Malik yang disampaikan melalui rantaian rawi yang lain, mengatakan bahawa Gunung Nur boleh dilihat di antara dua bahagian bulan (Gunung Nur terletak di Hijaz. Orang Islam percaya bahawa Muhammad menerima wahyu pertamanya di dalam gua yang berada di gunung ini dan ia dikenali sebagai Gua Hira').[12] Satu tradisi yang dirawikan pada kewibawaan Jubayr ibn Mut'im dengan satu rantaian tunggal penyampaian mengatakan bahawa dua bahagian bulan berdiri di dua gunung. Tradisi ini lebih lanjut menyatakan bahawa penduduk Makkah mengatakan "Muhammad telah membawa kita dengan sihirnya… Jika dia mampu membawa kita kepada sihirnya, dia tidak melakukan demikian dengan semua orang." Tradisi yang disampaikan pada kewibawaan Ibn Abbas secara ringkas menyebut kejadian itu dan tidak memberikan banyak perincian.[4] Bagi tradisi yang disampaikan pada kewibawaan Abdullah bin Masud menerangkan kejadian tersebut seperti yang berikut:[4][13]

Kami bersama dengan Rasulullah di Mina, bulan itu terbahagi menjadi dua. Salah satu bahagiannya berada di belakang gunung dan yang lainnya berada di sisi gunung ini. Rasulullah bersabda kepada kami: Saksikanlah ini.

Rujukan

WikiPedia: Terbelahnya_bulan http://referenceworks.brillonline.com/entries/ency... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://ivanalbar.multiply.com/reviews/item/36 http://qurango.com/images/tafsirenglish/54.pdf http://archive.wikiwix.com/cache/?url=http://ivana... http://archive.wikiwix.com/cache/?url=http://lunar... http://archive.wikiwix.com/cache/?url=http://quran... http://archive.wikiwix.com/cache/?url=http://www.u... http://archive.wikiwix.com/cache/?url=https://ruma... http://archive.wikiwix.com/cache/?url=https://www....